Rabu, 28 Januari 2015
Selasa, 27 Januari 2015
KEK
Alhamdulillah ini sebahagian tempahan Kek dari cust2 sy.. Tima kasih ya sayang sayang ♡♡♡♡
Sy menerima tempahan kek utk perkahwinan, pertunangan, birthday, anniversary dll
Sebarang pertanyaan mohon terus wassap sy ke no.0179285803 ♡Effa♡♡
Isnin, 19 Januari 2015
Tempahan kek
Alhamdulillah ini sebahagian tempahan Kek dari cust2 sy.. Tima kasih ya sayang sayang ♡♡♡♡
Sy menerima tempahan kek utk perkahwinan, pertunangan, birthday, anniversary dll
Sebarang pertanyaan mohon terus wassap sy ke no.0179285803 ♡Effa♡♡
Baked Potato
☆☆ Baked Potato SPECIAL☆☆
♡♡ Baked Potato Daging RM8 sebekas
♡♡ Baked Potato Ayam RM9 sebekas
Berminat meh wassap sy laju2 ke 0179285803 (Effa)
Tempahan utk semalam n kelmarin
Alhamdulillah rezeki dr Mu ya Allah utk anak2...tempahan utk semalam n kelmarin..tima kasih buat customer2 ku sayang yg sabar menanti...minta maaf pd customer yg ada terima lewat penghantaran dsbb penghantaran terlalu byk semalam..love uollasssssss ♡♡♡♡ tima kasih jg buat en. Suami yg byk membantu...Ni sebahagia AisKrim2 pasu yg ditempah semalam ada yg tak sempat nak snap pic sbb kejar masa penghamtaran semalqm huhuhu...
Sambutan terlajak laris utk ♡ Ais Krim Pasu!!!!♡♡♡♡ Sampai ada customer2 sy yg dtg mencari rumah n ambil sendiri di rumah...tima kasih byk2 ya..♡♡♡♡ Utk menjaga kualiti Ais Krim Pasu sy lebih mengalu alukan customer2 dtg sendiri ke rumah sy utk mengambilnya di Kg Pandan berdekatan dgn Airport...
#Bluberry Cheese Cake Birthday
#Marble Cake
#Ais Krim Pasu beraneka pilihan
#Snow Cheese Cake Meleleh
#Mango Cheese Cake Chilled
#Marble Cake
#Ais Krim Pasu beraneka pilihan
#Snow Cheese Cake Meleleh
#Mango Cheese Cake Chilled
Pd yg berminat leh terus wassap sy ke no. 0179285803 (Effa)
Kek Ais Krim Pasu
Assalam..ada ramai customer yg duk area sungai isap request nak sy cod Ais Krim Pasu dan Kek Ais Krim Pasu ke sana ...sy akan open oder n cod utk yg duk area sungai isap sape2 nak selit oder meh wassap sy laju2 ke 0179285803 (Effa)
Ais Krim Pasu!!!!
Kek Ais Krim Pasu!!!!
Didatangkan dengan pelbagai pilihan...Nikmati n rasai keenakkannya..Segar...Nyamannnnnn pergghhhhh
Berminat meh wassap sy ke 0179285803 (Effa)
Kek Ais Krim Pasu!!!!
Didatangkan dengan pelbagai pilihan...Nikmati n rasai keenakkannya..Segar...Nyamannnnnn pergghhhhh
Berminat meh wassap sy ke 0179285803 (Effa)
A. Kek Ais Krim Pasu Extra BIG (9 scoop) saiz RM12 sebekas (bole request base red velvet cake@ choc moist cake)
B. Ais Krim Pasu Extra BIG (9 scoop) saiz RM9 sebekas
C. Kek Ais Krim Pasu Kaca BIG (9scoop) saiz RM12 sebekas (bole request base red velvet cake@ choc moist cake)
D. Ais Krim Pasu Vantage (5 scoop) saiz RM6 sebekas
E. Kek Ais Krim Pasu Vantage (5 scoop) saiz RM7 sebekas (bole request base red velvet cake@ choc moist cake)

☆☆☆ 3 in 1 beli dapat ais krim + dapat kek + dapat pasu!!!!! Hihihi ♡♡♡♡ (utk yg oder pilihan A, C dan E dapat la rasa kek yg superrrrbbb moistttttt)... ♡♡♡♡
♡♡♡ Bunga n daun2 tu bole mkn tau...
Produk Effa Rahani Homemade Bakery
Bismilahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..Jom dapatkan Produk Effa Rahani Homemade Bakery
Assalamualaikum..Jom dapatkan Produk Effa Rahani Homemade Bakery
# Mango Cheese Cake Chilled
# Snow Cheese Cake Red Velvet/ Choc Moist
# Puding Karamel
# Fruit Tart
# Snow Cheese Cake Red Velvet/ Choc Moist
# Puding Karamel
# Fruit Tart
Ais Krim Pasu
Alhamdulillah ni sebahagian komen2 positif dr customer2 ku syg..tima ksh byk2 ya..so pd pencinta2 ais krim bole la cuba jika anda inginkan kelainan yg luar biasa ♡♡♡♡♡ Ais Krim Pasu dan Kek Ais Krim Pasu didatangkan dgn pelbagai jenis n saiz..Sedappp hingga menjilat sudu hihihi♡♡♡♡
Tempahan bole terus wassap sy laju2 ke 0179285803 (Effa/)
Ahad, 18 Januari 2015
ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina
Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan
300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan
1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.
Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.
4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.
5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.
7. Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.
Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel
SOS KARAMEL
1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.

6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,
7. Akhir sekali bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.
Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel
SOS KARAMEL
1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.
Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..
Maveless...Selamat mencubaa...
.Kalau rasa susah nak buat oder je dengan EffaRahani Homemade Bakery..hehehe
Sumber :Azlitamasammanis
Sumber :Azlitamasammanis
SAMBAL TOKTOK atau TOTOK
Resepi Oleh : Shelle
Rujukan : Mesra. Net
Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi
3 biji cili merah ~ ita tambah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
Minyak utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau kasturisecukupnya
Mula-mula kita goreng dahulu ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Kemudian goreng pula bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah hingga layur
Angkat dan ketepikan
Belacan di bakar kalau nak goreng sekali pun boleh
Tumbuk ikan bilis kasar-kasar, keluarkan dari lesung dan ketepikan
Kemudian tumbuk pula cili padi, cili merah, bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Perasakan sekali dengan garam dan gula
Masukkan dalam bekas dan perahkan limau kasturi
Akhir sekali baru campurkan dengan ikan bilis tumbuk tadi dan gaul rata.
Dengan mencampurkan ikan bilis pada peringkat akhir akan membuatkan sambal terasa rangup bila tergigit ikan bilis.
sumb:masam manis..

Khamis, 15 Januari 2015
Petua Meredakan Demam Kanak-Kanak
Ibubapa mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.
Berikut disertakan Petua Meredakan Demam Kanak-Kanak:
1. Pastikan anak betul- betul demam
Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.
Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.
Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.
2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.
“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;
1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.
3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.
Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.
Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.
Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.
HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA
Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL
Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.
Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.
4. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.
Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.
5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah
Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.
Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.
Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.
6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.
7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.
Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.
Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen
Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.
Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).
Sumber: Facebook Anak-anak Comel
Tips Mendidik Anak Perempuan
4 Tips Mendidik Anak Perempuan
1 Menerapkan soal penjagaan aurat
Kesukaran menjaga anak perempuan adalah mengenai soal menutup aurat. Mendidik anak memakai tudung agak sukar ketika mereka dewasa. Didik anak memakai tudung ketika usia mereka 2 atau 3 tahun.
2. Kerja rumah
Galakkan anak perempuan membantu ibu di dapur ketika mereka meningkat dewasa seperti belajar cara memasak, mengemas rumah, melipat baju. Ini perlu dididik ketika mereka kecil.
3 Alat permainan
Jangan membelikan anak perempuan dengan mainan anak lelaki seperti robot, pistol dsb. Ajar anak dengan membelikan mereka mainan masak-masak, set barang make-up. Ini penting supaya mereka cenderung pada sifat wanita.
4 Sopan santun
Perempuan sinonim dengan perwatakan lembut. Maka, didiklah anak perempuankita bersopan santun dan berlembut dengan orang lain. Ajar mereka duduk bersimpuh berbanding bersila. Jika dididik dari awal ia akan berpanjangan apabila mereka meningkat dewasa nanti.
Kelembutan anak perempuan disifatkan dari segi perbuatan, pertuturan dan tingkahlakunya. Jangan terlalu berkeras dalam mendidik anak, dikhuatiri mereka tertekan dan cuba protes
Langgan:
Catatan (Atom)